CARA-CARA CARI SIGNAL MYTV DENGAN DEKODER DVB-T2
PERINGATAN: Pihak kami hanya menjual antenna untuk terima siaran MYTV. Gambar2 berkaitan di bawah hanya lah untuk rujukan pembelajaran sahaja. Terima kasih kerana berkunjung ke blog kami. Harini kami nak terangkan bagaimana mencari signal MYTV dengan cara yang pantas. Sebelum itu pastikan segala kelengkapan seperti berikut telah mencukupi. 1. Dekoder MYTV / DVB-T2 atau TV digital (Built-in DVB-T2 IDTV). (Perlu ada salah satu ini) 2. Antenna Digital atau Antenna UHF tulang ikan. 3. Kabel coaxial RG-6 (Kabel Astro) yang bermutu tinggi. Boleh dibeli di kedai hardware. 4. Soket RF male sambungan ke TV. Ok. Sekarang... Sila ikuti langkah-langkah di bawah. #Teruskan ke Langkah 4 untuk cuba kekuatan signal MYTV di tempat anda. Langkah 1: Kenal pasti pemancar yang terdekat dengan rumah anda. Sebagai contoh, anda tinggal di Shah Alam, Selangor, maka pemancar yang terdekat dengan anda adalah Bukit Sg. Besi & Menara Kuala Lumpur. Ata...

Comments
Post a Comment